Mulakan Perniagaan Dengan Menjual Tudung Dan Shawl

Jualan tudung dan shawl secara online kini semakin trending, tidak hanya di laman sosial tudung dan shawl juga mendapat rating yang tinggi melalui hasil carian enjin Google. Ini jelas menunjukkan penjualan tudung dan shawl secara online sentiasa mendapat sambutan hangat. Permintaan yang tinggi juga membantu memberi keseimbangan terhadap saingan didalam pasaran, jadi persaingan bukanlah sesuatu masalah yang besar.


Prospek tudung dan shawl jelas disasarkan kepada golongan wanita, satu kelebihan yang perlu diperhatikan ialah mustahil bagi seseorang wanita itu hanya memiliki sehelai tudung sahaja, setuju atau tidak? Telah menjadi lumrah wanita masa kini yang memiliki pelbagai variasi tudung dan shawl sama ada dari segi kualiti, saiz, warna dan lain-lain. Selain fesyen, produk ini merupakan satu keperluan terutamanya bagi mereka yang beragama Islam. 

Jadi tidak hairanlah produk ini tetap mendapat permintaan yang tinggi dan trending. Sikap wanita yang gemar membeli belah serta berbelanja juga satu lagi kelebihan bagi perniagaan tudung dan shawl ini. Walaupun berhadapan saingan yang besar tetapi perniagaan ini tetap berpotensi menjana pendapatan yang lumayan. Maka tidak diragukan bahawa jualan tudung dan shawl adalah satu perniagaan yang menguntungkan.

Sebelum mulakan perniagaan ini satu sifat yang perlu anda didik dan tanamkan didalam diri adalah ‘minat’. Ya, walaupun tidak banyak sedikit pun sudah memadai kerana minat ini sedikit sebanyak menjadi pendorong kepada setiap apa yang kita lakukan. Dengan adanya minat, sudah tentu kita akan lebih bersemangat dan lebih rajin untuk berusaha mencipta kejayaan.

Selain minat, anda HARUS mempunyai ilmu pengetahuan tentang jenis-jenis tudung dan shawl seperti jenis kain contohnya, cotton, cotton voille, chiffon, satin, cornskin dan lain-lain. Anda juga perlu tahu jenis corak/design yang ‘trending’, kebiasaan corak ini mengikut musim, anda perlu tahu itu. Sekurang-kurangnya anda perlu tahu asas tentang 3 jenis tudung utama ini iaitu, tudung bawal, shawl dan instant shawl.

Pada peringkat permulaan persoalan utama ialah bagaimana untuk mencari pembekal tudung dan shawl secara borong dengan harga yang berpatutan? Bagi menghadapi saingan yang hebat sudah tentu anda memerlukan pembekal yang mempunyai pelbagai varisasi rekabentuk, warna, kualiti, saiz dan pelbagai lagi yang memenuhi kriteria dikehendaki. Anda perlu mencari pembekal yang benar-benar boleh diharap iaitu mampu membekal stok yang anda perlukan tanpa sebarang masalah.


Sekiranya anda mempunyai kemahiran menjahit, ia adalah satu bonus, atau anda boleh mengupah atau menghantar kain kepada tukang jahit untuk penambahbaikan kepada produk anda seperti menambah manik, hiasan tambahan, jahitan tepi tudung dan lain-lain. Untuk ini anda boleh mengurangkan kos modal dengan hanya memborong kain sahaja. Ini juga satu peluang jika anda berniat untuk menghasilkan jenama sendiri.

Untuk maklumat dan bantuan yang lebih lanjut saya sarankan anda untuk rujuk panduan lengkap dari saudari Madihah Mustafha. Beliau merupakan Founder Madihah Scarf yang telah berjaya menjadi salah satu usahawan wanita berjaya dalam perniagaan tudung dan shawl. Panduan beliau mengungkap rahsia dari A sampai Z bagaimana untuk memulakan perniagaan ini. Panduan ini amat membantu bagi mereka yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang perniagan tudung dan shawl, sungguh tidak rugi jika anda seorang yang serius !

Catat Ulasan

0 Ulasan