Jenis-Jenis Emas 999 Yang Ada Di Dunia

Apakah yang dimaksudkan dengan emas 999?

Kebiasaannya barangan kemas yang sering kita lihat dan dijual di kedai emas umumnya adalah jenis emas 916, dimana kandungan emasnya adalah lebih rendah iaitu 91.6% (22 karat) kerana dicampur bahan lain berbanding emas jenis 999 yang mana kandungan emasnya lebih tinggi iaitu 99.9% (24 karat) kerana tidak dicampur dengan bahan lain.

Emas 999 ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu;

1. Emas 999
2. Emas 99.9
3. Emas 999.9

Walaupun namanya agak sama tetapi ketiga-tiga jenis emas ini terdapat perbezaannya.

EMAS 999
Emas 999 mempunyai peratusan emas sebanyak 99.9%, namun begitu emas 999 merupakan gred emas yang lebih lembut berbanding emas 916. Jadi emas 999 ini kebiasaannya digunakan untuk penghasilkan barang kemas seperti rantai gajah, jongkong emas dan juga dinar. Ia juga kebiasaannya digunakan untuk tujuan pelaburan atau simpanan kerana sifatnya yang lembut menjadikannya mudah rosak.


EMAS 99.9
Dikenali sebagai ‘Emas Asli’ atau ‘Pure Gold’ kerana diperolehi daripada sumber emas mentah atau proses perlombongan emas. Sudah tentu kandungan emas jenis ini adalah yang paling tinggi iaitu 99.99% berbanding yang lain kerana sumber aslinya, juga merupakan jenis emas yang paling mahal.

EMAS 999.9
Emas ini diperolehi daripada proses kitar semula daripada emas-emas yang sedia ada dalam pelbagai industri. Namun begitu kandungan emas ini mempunyai kandungan lebih kurang sama seperti jenis emas diatas iaitu 99.9% dan 99.99%. Emas 999.9 dikategorikan sebagai ‘Fine Gold’ namun nilainya tidak jauh beza dengan nilai emas yang telah disebutkan diatas.

Jadi itulah diantara sedikit sebanyak perbezaan yang terdapat diantara emas jenis 999. Sekiranya anda mempunyai jenis emas seperti yang disebutkan diatas, silakan kongsi gambar-gambar emas milik anda di ruangan komen dibawah!

Catat Ulasan

0 Ulasan