Spread price didalam jual beli emas bermaksud kadar perbezaan harga atau susut nilai terhadap harga emas sebelum dan selepas anda membeli emas tersebut. Sebagai contoh :
Anda beli emas dengan harga RM1 di sebuah syarikat emas, pada hari yang sama anda ingin jual semula emas yang anda beli di syarikat yang sama, syarikat jual emas itu tidak mungkin akan membeli semula emas anda dengan harga RM1, mereka mungkin akan membeli dengan harga lebih rendah daripada harga jualan contohnya RM0.99, RM0.75, atau RM0.50 asalkan iainya lebih rendah daripada harga yang anda beli pada awalnya iaitu RM1.
Itulah yang dikatakan spread jual beli emas, nilai spread ini biasanya dikira didalam bentuk peratus (%). Bagaimanapun spread price ini adalah berbeza-beza di setiap kedai-kedai emas atau syarikat jual emas. Contohnya :
Syarikat A mengenakan spread price sebanyak 8%,
Syarikat B mengenakan spread price sebanyak 15%
Syarikat C mengenakan spread price sebanyak 26%
Jika anda ingin membeli emas RM1, syarikat manakah yang akan anda pilih? A, B atau C?
A - spread price sebanyak 8% maka harga jualan emas adalah RM0.92.
B - spread price sebanyak 15% maka harga jualan emas adalah RM0.85.
C - spread price sebanyak 26% maka harga jualan emas adalah RM0.74.
Jadi spread price yang lebih rendah adalah lebih baik berbanding spread price yang lebih tinggi. Ini adalah ilmu asas yang wajib diketahui walaupun anda hanyalah seorang penyimpan emas.
Tapi tunggu sekejap... Tak rugi ke kalau macam tu? Beli RM1 tapi bila jual semula dapat harga kurang. Persoalannya, adakah anda ingin beli dan jual semula emas pada hari yang sama? Sudah tentu tidak bukan? Melainkan anda berniat untuk gadaikannya - Tips
Jika anda ingin mendapatkan pulangan wang yang lebih tinggi daripada harga belian, anda perlukan sedikit masa, mungkin memerlukan jangka masa yang pendek atau panjang itu bergantung kepada kenaikan harga emas. Pandangan saya jangka masa paling pendek untuk jualan semula sekurang-kurangnya 1 tahun.
Sekarang anda telah faham apa itu spread jual beli emas. Jadi berapakah kadar spread yang dikenakan oleh PowerGold?
Spread price yang dikenakan PowerGold adalah serendah 3% - 8%! Bagaimanapun kadar spread ini adalah berbeza bergantung kepada kualiti serta berat emas tersebut dan ini merupakan kadar spread terendah dari mana-mana syarikat jualan emas! Jadi rebutlah peluang ini, harga emas semakin naik, semakin lama anda tunggu semakin besarlah modal anda nanti ;)
Spread price yang dikenakan PowerGold adalah serendah 3% - 8%! Bagaimanapun kadar spread ini adalah berbeza bergantung kepada kualiti serta berat emas tersebut dan ini merupakan kadar spread terendah dari mana-mana syarikat jualan emas! Jadi rebutlah peluang ini, harga emas semakin naik, semakin lama anda tunggu semakin besarlah modal anda nanti ;)