Menjadi kebiasaan orang kita akan memilih perkhidmatan Ar-Rahnu sekiranya ingin membuat pajakan atau gadaian emas bagi mendapatkan wang disaat memerlukan. Selain halal mengikut landasan yang betul kita juga tidak bimbang kerana fasiliti ini amat dikenali umum dan majoriti warga negara ini sangat ramai menggunakan khidmat mereka.
Disini saya senaraikan perkhidmatan Ar-Rahnu yang beroperasi di Malaysia;
Ar-Rahnu YAPEIM (Seluruh Malaysia)
Ar-Rahnu MAIDAM (Terengganu)
Ar-Rahnu Bank Islam (Kelantan)
Ar-Rahnu Ekspress (Habib Jewel)
Ar-Rahnu Exchange (Bank Rakyat)
Ar-Rahnu KPMNJ (Johor)l
Ar-Rahnu YBU (Perak)
Walaupun nama umum atau mungkin berasal dari organisasi yang sama tetapi setiap fasiliti tersebut mempunyai polisi yang berbeza-beza seperti nilai emas, keperluan dokumen bagi setiap urusniaga, kadar upah simpanan, jumlah dan tempoh had gadaian serta lain-lain terma dan syarat mengikut polisi masing-masing.
Kadar jumlah bagi nilai emas yang anda simpan atau gadai adalah dari 65% hingga 70% berdasarkan harga emas semasa yang telah ditetapkan oleh Ar-Rahnu sama ada dari segi ketulenan, kualiti, jenis, isipadu, berat dan sebagainya. Jadi anda perlu akur sekiranya nilai emas milik anda mendapat jumlah yang sedikit berbanding harga asal yang anda beli dahulu, bagaimanapun tidak mustahil jumlah gadaian boleh melebihi dari harga asal anda beli sekiranya anda bijak dalam memilih dan membeli emas ;)
Caj atau ‘Upah Simpan’ kebiasaan adalah sekitar RM0.60 - RM0.70 sebulan bagi setiap RM100 dari jumlah gadaian. Caj yang dikenakan ini adalah tetap walaupun harga emas sentiasa turun naik sepanjang tempoh gadaian. Bagaimanapun pastikan anda tidak melebihi tempoh standard yang telah ditetapkan iaitu selama 6 bulan.
Kenali Jenis-Jenis Emas
Emas POWERGOLD TAK LAKU Di Pasaran?
Kenali Jenis-Jenis Emas
Emas POWERGOLD TAK LAKU Di Pasaran?