Definisi Saham - Apa Itu Perniagaan Pelaburan Saham?

Maksud saham adalah ; ‘perniagaan atau pelaburan’, atau ; ‘perkongsian hak milik dalam syarikat’, atau ; ‘pegangan hak milik dalam sesuatu syarikat atau perusahaan’.


Contoh mudahnya, anda membuka sebuah perniagaan rakan kongsi seramai 3 orang termasuk anda dengan menjual pakaian, anda keluar modal sebanyak RM500, rakan pertama keluar modal sebanyak RM250, rakan kedua juga keluar modal sebanyak RM250. Jadi disini pegangan saham anda dalam perniagaan pakaian tersebut adalah sebanyak 50%, manakala rakan pertama sebanyak 25%, begitu juga rakan kedua sebanyak 25%.

Sebuah syarikat ditubuhkan untuk pengurusan bagi perusahaan anda, disini anda adalah pemilik saham tertinggi dalam syarikat, oleh itu anda berhak untuk membuat sebarang keputusan didalam pentadbiran dan pengurusan syarikat walaupun pemilik syarikat didaftarkan atas nama rakan pertama mahupun rakan kedua. Tetapi lazimnya pemilik asal akan sentiasa mengekalkan kawalan keatas syarikat dengan menjadi pemegang saham terbesar.

Keuntungan perniagaan atau syarikat tidak diberi secara terus, tetapi diagih mengikut kadar keuntungan perniagaan setiap tahun yang disebut sebagai dividen. Pemberian dividen ini mengikut kadar peratusan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Namun begitu, kadar keuntungan juga boleh digunapakai semula demi membangun dan mengembangkan lagi perniagaan agar lebih maju dan dapat menjana keuntungan berlipat kali ganda.

Konsep saham dalam perniagaan ini kebanyakannya dijalankan oleh syarikat Sdn.Bhd di Malaysia. Dimana pemegang-pemegang saham bagi sesebuah syarikat itu lebih dikenali sebagai ahli lembaga dan eksekutif atasan yang merupakan pembiaya-pembiaya dalam sesebuah syarikat. Saham bagi syarikat Sdn.Bhd kebiasaannya dimiliki secara ‘private’. Manakala saham yang dimiliki secara ‘public’ merupakan syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dimana saham-saham boleh dibeli oleh orang ramai atau organisasi tertentu secara terbuka.

Terdapat pelbagai jenis perniagaan dan pelaburan saham yang dijalankan tetapi sebagai permulaan dua jenis saham asas paling utama yang perlu anda ketahui ialah ;

1. Saham Biasa (Common Stock)
2. Saham Keutamaan (Preferred Stock)

Saham Biasa (Common Stock)
Seperti yang telah diterangkan diatas, majoriti saham yang ditawarkan adalah didalam bentuk ini, merupakan saham paling popular dan paling banyak dijalankan. Setiap pemegang saham biasa diberi satu undi untuk memilih ahli lembaga pengarah yang boleh membuat keputusan penting yang dicadangkan oleh pihak pengurusan syarikat.

Pemegang saham ini akan menerima dividen jika perusahaan memperoleh keuntungan dan tidak akan memperoleh dividen sekiranya perusahaan berada didalam keadaan tidak stabil atau buruk (mengalami kerugian). Pemegang saham biasa juga tidak akan menerima walau satu sen sekiranya syarikat bankrap atau dibubarkan sehinggalah para pemiutang, pemegang bon dan pemegang saham keutamaan telah dibayar.

Saham Keutamaan (Preferred Stock)
Pemegang utama memiliki hak keistimewaan dan jaminan pembayaran dividen tetap setiap tahun atau selamanya. Saham ini mewakili satu kedudukan dalam pemilikan syarikat tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi. Pemberian dividen juga akan mengutamakan saham ini terlebih dahulu berbanding pemegang saham biasa. Mudahnya saham keutamaan ini adalah pemilik saham terbesar didalam sesebuah syarikat dan perusahaan.

Demikianlah penjelasan ringkas tentang apa itu perniagaan pelaburan saham, masih terdapat banyak maklumat mengenai saham yang tidak dinyatakan disini demi mengelak sebarang kekeliruan.  Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami tentang apa itu perniagaan pelaburan saham. Bagaimanapun artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memberi informasi yang lebih lengkap dan padat.

Catat Ulasan

0 Ulasan