Mengapa Anda Perlu Memiliki Emas?

Jika hendak dibincangkan, begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki emas, kerana emas mempunyai banyak kelebihan yang mampu memberikan anda manfaat dimasa hadapan, disini saya akan cuba huraikan seberapa banyak sebab mengapa anda perlu memiliki emas.

1) Kalis Inflasi

Harga emas adalah stabil dan tidak dipengaruhi dengan kesan inflasi membuatkannya lebih terjamin.

2) Kekukuhan Nilai

Selain tanah dan rumah, emas juga merupakan salah satu aset fizikal yang berharga yang tidak boleh dibekukan walaupun diishtiharkan sebagai bankrap. Nilai emas sentiasa naik dari semasa ke semasa, malah adakalanya melambung tinggi !

Jika dahulu 1 Gram bernilai RM30 - RM50, kini 1 Gram telah mencecah RM190 - RM250 !


3) Pengiktirafan Dunia

Emas mempunyai nilai yang tersendiri dan diiktiraf sebagai penganti matawang di seluruh dunia malah boleh dijual beli dimana-mana sahaja dan sentiasa laku.

Walaupun anda berada di luar negara, seperti China, Mesir, India, England dan lain-lain.

4) Pajak Atau Gadaian

Merupakan salah satu tarikan utama bagi peminat emas kerana ia boleh digadai di pajak, pusat-pusat gadaian atau bank apabila anda didesak oleh masalah kewangan. Anda juga dapat menebus kembali emas tersebut apabila masalah kewangan telah kembali stabil.

5) Kawalan Penuh

Anda tidak memerlukan campur tangan pihak ketiga, sebarang bentuk dokumen dan perjanjian serta prosedur yang rumit untuk memiliki emas bagi pegangan anda sendiri. Urusan jual beli pula cukup mudah.

6) Tidak Dikenakan Cukai

Tidak seperti tanah, rumah, kereta dan lain-lain yang memerlukan anda untuk membayar cukai. Tiada sebarang cukai dikenakan terhadap emas melainkan Zakat Emas bagi orang Islam sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.

7) Tidak Boleh Dimanipulasi

Emas tidak dicipta, dikawal dan bukan hak milik kerajaan malah ianya tidak boleh ditiru sama sekali. Ini mengukuhkan lagi kedudukan emas berbanding matawang kertas.

8) Tidak Perlu Pinjaman

Anda tidak memerlukan sebarang pinjaman (loan) untuk membeli emas, tidak seperti rumah, tanah, kereta dan lain-lain. Malah boleh didapati dengan harga yang rendah dengan PowerGold !